Az-Zahra' Mosque

FACULTY OF ISLAMIC STUDIES AL-AZHAR UNIVERSITY HAYYU SADIS,CAIRO

FACULTY OF ISLAMIC STUDIES

AL-AZHAR UNIVERSITY HAYYU SADIS,CAIRO

Al-Azhar Mosque

Today, al-Azhar remains a deeply influential institution in Egyptian society and a symbol of Islamic Egypt.

Rumah Amanah Malaysia

No 6 El-Eslah Street off Zoheir Sabry Street off Tayaran Street Nasr City Cairo,Egypt.

AISA's Logo

Dasar:Al-Quran ,As Sunnah, Ijma’ ,Qias

Wednesday, January 23, 2013

Perutusan Pengerusi Sempena Maulidurrasul

      
          الحمد لله رب العالمين,والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين .أما بعد,
            Sahabat-sahabat yang dikasihi oleh Allah sekalian,

Firman Allah  S.W.T:] 

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيم

“Katakanlah, “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu.” Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali Imran, 31)

Sabda Rasulullahi Sallahu 3alaihi wasallam,

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah aku menjadi orang yang paling dia cintai melebihi hartanya, keluarganya, dan seluruh manusia yang lainnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari).

Bersempena dengan kelahiran Nabi Muhammad Sallahu3alaihi wasalam,Marilah kita bersama-sama mengkoreksi diri sejauh mana kecintaan kita kepada kekasih Allah ini.
Cinta kepadanya bukan sekadar melafazkannya,namun yang paling utama adalah adakah menjadiakan Baginda sebagai role model dalam kehidupan seharian.


Deklarasi cinta yang tidak disusuli dengan pembuktian amali tentu sahaja masih belum mencukupi untuk membentuk cinta sejati.Bukti yang paling mudah dilihat, seseorang yang benar-benar mengasihi kekasihnya, akan mengutamakan insan yang dikasihinya daripada dirinya sendiri dan kehendak peribadinya. Jika tidak mencapai tahap ini hubungan tersebut belum layak dinamakan kasih sejati yang ikhlas-murni, tetapi baru sekadar dakwaan semata-mata.


Keutamaan mentaati dan mengutamakan orang yang dikasihi ini jelas dapat dilihat dalam ungkapan seorang pencinta Allah SWT dan NabiNya SAW yang tidak asing lagi, Rabi’ah al Adawiyyah dalam syairnya: “Sesungguhnya seorang kekasih itu akan taat-patuh kepada yang dikasihinya.”


Terdapat banyak riwayat  ahli salaf dan ulama’ berhubung dengan kecintaan dan kerinduan mereka terhadap Rasulullah.

Diantaranya ialah hadith riwayat abi hurairah Radiallahu taala 3anhu bahawa Rasulullahi Salllahu3alaihi wasalam bersabda:

من أشد أمتي لي حبا ناس يكونون بعدي يود أحدهم لورآني بأهله وماله

“Di antara umatku yang amat dalam kasihnya terhadapku ialah kumpulan manusia yang datang selepas kewafatanku ,setiap mereka bercita-cita agar dapat melihatku (dan ini lebih disukainya )daripada keluarganya dan hartanya.

Sayiduna Ali ditanya ,”bagaimanakah kasihmu terhadap Rasulullah Sallahu 3alahi Wasallam? Maka beliau menjawab:

كان والله أحب إلينا من أموالنا وأولادنا وآبائنا وأمهاتنا ومن الماء البارد على الظمأ

“Demi Allah ! Dia lebih aku kasihi daripada harta bendaku ,anak-pinakku,bapa-bapaku dan ibu-ibuku serta air sejuk bagi orang yang sedang kehausan.

semasa penduduk Makkah mengeluarkan Zaid ibn  al Dathinah Radiallahu 3anhu dari tanah haram untuk dibunuh,Abu sufyan berkata kepadanya:

أنشدك الله يا زيد أتحب أن محمدا الأن عندنا مكانك يضرب عنقه وأنت في أهلك ؟ فقال زيد " والله ما أحب أن محمدا الآن في مكانه الذي هو فيه تصيبه شوكة وأني جالس في أهلي.فقال أبو سفيان : ما رأيت من الناس أحدا يحب أحدا كحب أصحاب  محمد محمدا

“Wahai Zaid ! Aku bertanya kepadamu dengan nama Allah ,adakah kamu suka sekiranya sekarang ini Muhammad berada di tempatmu untuk dipenggal kepalanya ,manakala kamu bersama keluargamu ? Maka Zaid Radiallahu3anhu berkata :”Demi Allah ! Aku tidak suka sekiranya sekarang ini Nabi Muhammad Sallahu3alaihi wasalam berada di tempatnya,sekalipun dicucuk duri ,sedangkan aku bersama keluargaku.”Abu sufyan berkata ,Aku tidak pernah melihat seorang manusia yang mengasihi seseorang sepertimana kasihya sahabat-sahabat Muhammad terhadapnya.


Kita boleh lihat bagaimana para sahabat cukup menjaga adab dengan baginda dengan mengagungkan dan memuliakan Nabi Muhammad sallahu 3alahi wasallam:

Amru ibn Al-as berkata:
ما كان أحد أحب إلي من رسول الله –صلى الله عليه وسلم ولا أجل في عيني منه ,وما كنت أطيق أن أملأ عيني منه إجلالا له ولو شئت أن أصفه ما أطقت لأني لم أكن أملأ عيني منه.

"
Tiada seorang pun yang lebih saya cintai daripada Rasulullah salllahu 3alaihi wasallan dan tiada seorang pun yang lebih besar dan mulia pada pandangan saya daripada Rasulullah .Namun saya tidak pernah puas melihatnya lantaran terlalu membesarkannya .Jika saya hendak menggambarkannya ,sudah pasti saya tidak mampu melakukannya kerana saya belum pernah puas memandang Baginda Sallahu3alaihi wasalam.

Usamah ibn syarik radiallahu taala 3anhu berkata :
أتيت النبي –صلى الله عليه وسلم-وأصحابه حوله كأنما على رؤوسهم الطير

“Saya menemui Nabi صلى الله عليه وسلم dan saya melihat para sahabat duduk di sekeliling Baginda seakan-akan terdapat seekor burung sedang bertenggek di atas kepala mereka.

            Oleh itu,janganlah kita muak dengan membaca kisah kecintaan para salafusoleh kepada baginda Rasulullahi sallahu 3alaihi wasalam,kerana dengannya dapat meningkatkan mahabbah kita kepadanya.
Sebagai pejuang Agama Allah,jangan penat dalam menegakkan sunnah nabi Muhammad sallahu 3alaihi wasalam  yang kian terluput zaman.Sesungguhnya dengan menghidupkan sunnahnya adalah sebagai satu wasilah kita untuk mencintai Allah.

Akhir kata,saya mewakili Kepimpinan AISA 2012/2013 mengucapkan selamat meyambut kelahiran  Nabi Muhammad sallahu 3alaihi wasallam.
Kullu amen Wantum bikheir.


Hubbu nabi minnal Iman,

"Transformasi Pemikiran ,Manifestasi Kesatuan"

MUHAMMAD MUZZAMMIL BIN ABDULLAH
            Pengerusi Amanahraya Islamic Studies Student Association (AISA)
            Sesi 2012/2013

: