KRONOLOGI PENUBUHAN AISA
April 2009
Perpindahan mahasiswa di bawah pengurusan AmanahRaya dari Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK) ke Rumah Amanah Malaysia.
Oktober 2009
Majlis Perasmian Rumah Amanah Malaysia yang dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Seri Mohamad Nazri bin Abdul Aziz, Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
Januari 2011
Ahli Lembaga telah bermesyuarat bagi membincangkan dasar penubuhan persatuan. Namun, Pilihanraya Umum terpaksa ditunda atas alasan evakuasi pelajar dalam OPS Piramid.
12 Julai 2011
Pilihanraya Umum bagi memilih saf kepimpinan buat kali pertama telah diadakan. Selepas
pengumuman saf kepimpinan pada malamnya,maka secara rasmi tertubuhnya AmanahRaya Islamic Studies Students Association (AISA).