Friday, November 16, 2012

HAMAS

HAMAS



HIMPUNAN ILMUAN MUDA AISA (HAMAS)
sebuah organisasi yang menjadi wasilah kepada para sahabat AISA dalam memanfaatkan diri mereka kepada Ilmu dan menggilap bakat serta kefahaman melalui usaha-usaha proaktif penghasilan kajian dan bahas disamping menjadikan HAMAS sebagai tapak awal bagi melatih diri menjadi ilmuan yang produktif di masa kelak


OBJEKTIF:
1. Memperkasa suasana keilmuan yg lebih pesat.
2. Melatih sahabat AISA dalam membuat pelbagai bahas ilmiah bagi menggilap malakah       dan kefahaman manhaj yang ada.
3. Menyediakan sahabat AISA sebagai ulama pelapis bagi Negara Malaysia.


JABATAN SERTA BARISAN FELO:

Pengerusi Felo - Ust Syed Sufi B Syed Abu Bakar
Timbalan Pengerusi Felo - Uzh Noratikah bte Omar

Jabatan
Akidah dan Falsafah                          - Ust Syed Sufi b Syed Abu Bakar
Hadis dan Ulum Hadis                       - Ust Abdul Rahman b Harman Shah Raniri

Fiqh dan perbahasan kontemporari    - Ust Muhammad Fakhri b Abd Jalil
Muamalat dan Ekonomi Islam            - Ust Mohd Syazwan b Mohammad
Fiqh Tarikh                                        - Ust Syamil Nazmi b Naseruddin
Bahasa                                              - Ust Jaid Hafizi b Ideris
Tarbiyah dan Tazkiyah An-Nafs         - Uzh Siti Noor Farahin bte M.Fariddudin
 Isu Global Umat                                - Uzh Nadira bte Hamapei



PELAKSANAAN.
1. sesuatu jabatan akan menghasilkan satu hasil kajian( kerjasama antara felo dan sahabat HAMAS) mengikut dateline yang telah ditetapkan.
2. konsep yang diguna adalah kerjasama sepasukan dalam penghasilan kajian.
3. felo dan sahabat HAMAS akan saling membantu,membahagi tugasan dan tidak memonopoli antara satu sama lain.
4. felo jabatan sebagai penyelia segala proses penyiapan isi kajian dan memandu sahabat HAMAS dalam memastikan objektif penubuhan HAMAS tercapai.



KEANGGOTAAN:
  1. seluruh sahabat AISA adalah sahabat HAMAS secara amnya.
  2. pihak jabatan akan menyenaraikan cabang pengkhususan bagi memudahkan sahabat HAMAS memilih minat dan kecenderungan mereka (insyaAllah dikeluarkan pada hari ISNIN)
  3. sahabat HAMAS bebas memilih mana-mana jabatan sesuai dengan kehendak.namun maksimum pemilihan adalah sebanyak 2 sahaja.
  4. setiap jabatan TIDAK mengehadkan penyertaan ahli kepada SATU GENDER sahaja.
  5. sahabat HAMAS bole berhubung terus dengan barisan felo melalui apa jua medium perhubungan bagi menyatakan kesediaan bersama jabatan.
  6. sahabat HAMAS diberi kebebasan menyertai mana-mana diskusi setiap jabatan sebagai pendengar dan pemerhati.
  7. sahabat HAMAS juga bebas untuk membuat kajian peribadi (diluar konteks fokus kajian jabatan sendiri) dan dihantar kepada jabatan yang berkaitan dengan syarat,TIDAK MEMBELAKANGKAN KEUTAMAAN DALAM TUGASAN PENYIAPAN KAJIAN JABATAN SENDIRI contoh: mereka yang sudah menjadi ahli jabatan fiqh,tidak dilarang untuk menghantar kajian hadis kepada jabatan hadis.asalkan tugasan membuat kajian bagi jabatan fiqh diselesaikan dahulu.

*segala persoalan boleh rujuk kepada felo jabatan yang berkaitan.


'Transformasi Pemikiran,Manifestasi Kesatuan'

: