Az-Zahra' Mosque

FACULTY OF ISLAMIC STUDIES AL-AZHAR UNIVERSITY HAYYU SADIS,CAIRO

FACULTY OF ISLAMIC STUDIES

AL-AZHAR UNIVERSITY HAYYU SADIS,CAIRO

Al-Azhar Mosque

Today, al-Azhar remains a deeply influential institution in Egyptian society and a symbol of Islamic Egypt.

Rumah Amanah Malaysia

No 6 El-Eslah Street off Zoheir Sabry Street off Tayaran Street Nasr City Cairo,Egypt.

AISA's Logo

Dasar:Al-Quran ,As Sunnah, Ijma’ ,Qias

Thursday, March 14, 2013

Hari AISA Sekeluarga Untuk Kita-Kita Aja (HAISUKA ’13)


Pada 7 dan 8 Mac 2013, Amanahraya Islamic Studies Students Association (AISA)  bawah anjuran Lajnah Sukan dan Aktiviti Luar telah mengadakan Program Hari AISA Sekeluarga Untuk Kita-Kita Aja (HAISUKA ’13) buat mahasiswa dan mahasiswi AISA. Program berjalan selama dua hari bermula pada malam hari Khamis dan berakhir pada malam hari Jumaat.

Program ini diadakan adalah bertujuan mengeratkan lagi ukhuwah sesame ahli dan bagi memahat memori kenangan indah di hati ahli-ahli AISA lebih-lebih lagi buat mahasiswa dan mahasiswi generasi pertama AISA yang bakal mengakhiri pengajian mereka dan meninggalkan bumi Mesir pada tahun ini. Bersesuaian dengan tema yang dipilih untuk tahun ini, “MelakarMemori, Mengukir Rindu”.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan baik sebelah ikhwah mahupun akhawat. Aktiviti yang diadakan adalah berbentuk santai bagi merehatkan minda ahli-ahli AISA. Acara bagi pihak ikhwah antaranya adalah pertandingan bowling, sukaneka, busanamuslimin, Sorakan Harimau Malaya (PES 2013), soft wrestling dan sebagainya. Manakala gubahan perkahwinan, malamkebudayaan, sukaneka, master chef ,dan beauty and the beast adalah antara aktiviti menarik bagi pihak akhawat.




masterchef



Sorakan Harimau Malaya (PES)



gubahan hantaran



pertandingan boling



sukaneka

Acara kemuncak adalah pada malam hari Jumaat, Majlis Penutup HAISUKA ’13. Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Pengerusi Majlis Saudara Syahir dan Firdaus disempurnakan lagi dengan bacaan doa oleh Saudara Muizz Abdullah. Slot khas bagi persembahan video daripada ahli AISA generasi pertama telah ditayangkan sehingga ada yang menitis air mata tanda manisnya nikmat ukhuwah itu.

Majlis diserikan dengan slot “TeristimewaBuatmu” di mana ahli AISA diperdengarkan ucapan semanis ukhuwah dedikasi untuk para sahabat. Tidak dilupakan juga slot daripada Lajnah Perumahan tentang Program PEKA’13 bagi mengumumkan untuk rumah serta bilik terbaik Rumah Amanah Malaysia. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi acara yang dipertandingkan.

 Video penutup HAISUKA’13 dipertontonkan sebelum tirai majlis ditutup.
Akhir  kalam, Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana program telah berjalan dengan lancar. Seribu tanda terima kasih ditujukan buat Ahli Jawatankuasa Pelaksana program serta komitmen yang  diberikan oleh ahli sangat memuaskan. Semoga HAISUKA ’13 telah Berjaya melakar memori dan mengukir rindu buat ahli keluarga AISA kerana Allah, in-sya-Allah.



Disediakan oleh

NURUL NADIAH BINTI MOHD NASIR
Setiausaha,
Program HariKeluarga AISA 2013,
LajnahSukan Dan AktivitiLuar
Amanah Raya Islamic Studies Student Assosiation(AISA).


: