Friday, November 16, 2012

PENGENALAN

PENGENALAN 



Fakulti Ulum Islamiah diwujudkan pada tahun 2008 hasil Perjanjian Persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Universiti Al-Azhar. Kerajaan Malaysia diwakili oleh TYT Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Duta Besar Malaysia ke Mesir pada ketika itu manakala Universiti Al-Azhar diwakili oleh Presidennya, Prof. Dr. Ahmad Muhammad Al-Tayyib.

Matlamat penubuhan fakulti ini adalah untuk melahirkan para graduan yang mampu menguasai segala cabang ilmu Islam merangkumi Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab, Ekonomi Islam, Perbankan Islam dan sebagainya. 

Tempoh pengajian adalah selama lima (5) tahun. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah wa Al-Arabiah daripada Universiti Al-Azhar.


SUMBER : EME 

: