Az-Zahra' Mosque

FACULTY OF ISLAMIC STUDIES AL-AZHAR UNIVERSITY HAYYU SADIS,CAIRO

FACULTY OF ISLAMIC STUDIES

AL-AZHAR UNIVERSITY HAYYU SADIS,CAIRO

Al-Azhar Mosque

Today, al-Azhar remains a deeply influential institution in Egyptian society and a symbol of Islamic Egypt.

Rumah Amanah Malaysia

No 6 El-Eslah Street off Zoheir Sabry Street off Tayaran Street Nasr City Cairo,Egypt.

AISA's Logo

Dasar:Al-Quran ,As Sunnah, Ijma’ ,Qias

Tuesday, February 12, 2013

HARI BAHASA ARAB '13


Pada 7 & 8 Februari yang lalu,Lajnah Pendidikan AISA telah menganjurkan Hari Bahasa Arab iaitu pada hari khamis dan Jumaat bertempat di Rumah Amanah Malaysia.

Program ini bertujuan untuk mengangkat martabat Bahasa Arab dalam kehidupan seorang pelajar Al-Azhar khususnya di samping mempertingkat penguasaan dan kemahiran dalam berbahasa arab.Selain daripada mengisi kekosongan masa yang ada sempena cuti musim sejuk,Hari Bahasa Arab juga bertujuan untuk mencungkil dan menggilap bakat yang ada pada setiap mahasiswa terutamanya bidang pengucapan awam.
Berikut adalah beberapa program dan aktiviti yang dijalankan sepanjang Hari Bahasa Arab :

1) Pertandingan Kuiz dan Teka silangkata
Pertandingan ini telah berjaya mendapat penyertaan yang terbanyak daripada seluruh ahli AISA.Soalan-soalan merangkumi pelbagai bidang ilmu antaranya Nahu,Balaghah,SirahNabawiah,Sejarah dan Tamadun Islam serta isu-isu semasa.


peserta sedang tekun mencari jawapan


2) Pertandingan menulis esei dan syair arab
Pertandingan ini bertujuan untuk mengasah bakat mahasiswa dalam kemahiran menulis.TajukEssei yang ditetapkan adalah “ Peranan pelajar Al-Azhar dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang baik” manakala syair arab dibuka tanpa ada tajuk yang khusus.Penilaian yang ditekankan dalam penulisan esei dan syair arab ini adalah kemantapan isi dan cara olahan yang baik di samping penggunaan uslub bahasa yang cantik dan struktur  ayat yang kemas.

3) Pertandingan pengucapan awam
Pertandingan ini dijalankan di peringkat akhawat sahaja di mana setiap rumah telah menghantar wakil untuk menyertai pertandingan ini.Timbalan Pengerusi AISA,UstzhIzzatiUlyaMunirah telah memenangi pertandingan ini dan tajuk syarahan yang disampaikan adalah “ Cinta mengikut perspektif  Islam”.

4) Pertandingan Sahibba
Pertandingan ini mendapat sambutan yang meriah di peringkat ikhwah dan akhawat.Seramai lapan orang pelajar telah menyertai pertandingan ini dan dua orang peserta telah dipilih sebagai pemenang.


 

suasana permainan


5) Kanzun Lughawi
Pertandingan mencari harta karun ataupun lebih dikenali sebagai “ KanzunLughawi” antara pertandingan yang paling ceria dalam Hari Bahasa Arab.Kanzunikhwah telah dijalankan di sekitar Rumah Amanah Malaysia manakala kanzunakhawat dijalankan di HadiqahDauliah pada jam9.00 pagi Hari Jumaat.
Terdapat 3 kumpulan yang menyertai pertandingan ini di mana setiap kumpulan mempunyai empat orang peserta.Setiap kumpulan perlu melepasi empat tempat checkpoint dan akan diberikan tugasan sebelum diberi arahan ke checkpoint yang seterusnya.




Kanzun Lughawi bukan sahaja sebagai satu wasilah riadhah,namun keupayaan seseorang dalam komunikasi dan daya fikir diuji dan dinilai dalam pertandingan ini.

Malam penutupan Hari Bahasa Arab adalah acara yang dinanti-nantikan oleh semua.Penutupan Hari Bahasa Arab dimulakan dengan Persembahan Debat Bahasa Arab yang diwakili ikhwah selaku pihak kerajaan manakala akhawat selaku pihak pembangkang..Usul yang diperdebatkan adalah “ Malaysia Mampu Memberi Pendidikan Percuma “.Dewan parlimen sungguh gamat dan hangat melihatkan aksi-aksi para pendebat dalam menyampaikan hujah masing-masing dan melawan hujah pihak lawan dan pastinya,debat seumpama ini adalah satu aktiviti yang sihat dalam menajamkan idea dan buah fikiran kita di samping melatih kemahiran mendengar dan bercakap dalam bahasa arab.


debat bahasa arab


Pada acara penutupan ini juga,hadiah-hadiah telah disampaikan kepada semua pemenang.Ustaz Shamsuddin bin Samsi dan Ustazah Fatimah bt Salleh telah dnobatkan sebagai peserta terbaik Hari Bahasa Arab berdasarkan komitmen yang ditunjukkan sepanjang program  selain daripada kesungguhan yang luar biasa dalam bertutur bahasa arab. Sebelum menutup tirai majlis,penonton telah didendangkan dengan persembahan nasyid yang disampaikan oleh Aisa’sVoice.Mereka telah menyampaikan beberapa lagu arab  dengan penuh kelunakan suara dan kehebatan vokal  yang mencuit perhatian semua yang hadir.

Secara keseluruhannya,Lajnah Pendidikan sangat berpuas hati dengan penyertaan ahli AISA dalam Hari Bahasa Arab yang dijalankan selama dua hari ini dan semua peserta telah menunjukkan satu respon dan semangat yang baik dalam setiap program yang kami jalankan.Terima kasih diucapkan kepada semua ajk pelaksana dan semua ahli AISA yang terlibat secara langsung mahupun tak langsung dalam menjayakan program ini dan sejuta kemaafan dihulurkan atas segala kekurangan dan kelemahan dan akan cuba diperbaiki pada masa akan datang.

: