الحمد لله رب العالمين,والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين .أما بعد,
Sahabat-sahabat yang dikasihi oleh Allah sekalian,
Firman Allah S.W.T:]
قُلْ
إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ
لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيم
“Katakanlah, “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya
Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu.” Sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali Imran, 31)
Sabda Rasulullahi Sallahu 3alaihi wasallam,
لَا
يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ
وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah aku menjadi orang yang paling
dia cintai melebihi hartanya, keluarganya, dan seluruh manusia yang lainnya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari).
Bersempena dengan kelahiran Nabi Muhammad Sallahu3alaihi wasalam,Marilah kita
bersama-sama mengkoreksi diri sejauh mana kecintaan kita kepada kekasih Allah
ini.
Cinta kepadanya bukan sekadar melafazkannya,namun yang paling utama adalah
adakah menjadiakan Baginda sebagai role model dalam kehidupan seharian.
Deklarasi cinta yang tidak disusuli dengan
pembuktian amali tentu sahaja masih belum mencukupi
untuk membentuk cinta sejati.Bukti yang paling mudah dilihat, seseorang yang
benar-benar mengasihi kekasihnya, akan mengutamakan insan yang dikasihinya
daripada dirinya sendiri dan kehendak peribadinya. Jika tidak mencapai tahap
ini hubungan tersebut belum layak dinamakan kasih sejati yang ikhlas-murni,
tetapi baru sekadar dakwaan semata-mata.
Keutamaan mentaati dan mengutamakan orang yang
dikasihi ini jelas dapat dilihat dalam ungkapan seorang pencinta Allah SWT dan
NabiNya SAW yang tidak asing lagi, Rabi’ah al Adawiyyah dalam syairnya:
“Sesungguhnya seorang kekasih itu akan taat-patuh kepada yang dikasihinya.”
Terdapat banyak riwayat ahli salaf dan
ulama’ berhubung dengan kecintaan dan kerinduan mereka terhadap Rasulullah.
Diantaranya ialah hadith riwayat abi hurairah Radiallahu taala 3anhu bahawa
Rasulullahi Salllahu3alaihi wasalam bersabda:
من أشد أمتي لي حبا ناس يكونون بعدي يود أحدهم لورآني
بأهله وماله
“Di
antara umatku yang amat dalam kasihnya terhadapku ialah kumpulan manusia yang
datang selepas kewafatanku ,setiap mereka bercita-cita agar dapat melihatku
(dan ini lebih disukainya )daripada keluarganya dan hartanya.
Sayiduna Ali ditanya ,”bagaimanakah kasihmu terhadap Rasulullah Sallahu 3alahi
Wasallam? Maka beliau menjawab:
كان والله أحب إلينا من أموالنا وأولادنا وآبائنا
وأمهاتنا ومن الماء البارد على الظمأ
“Demi
Allah ! Dia lebih aku kasihi daripada harta bendaku ,anak-pinakku,bapa-bapaku
dan ibu-ibuku serta air sejuk bagi orang yang sedang kehausan.
semasa penduduk Makkah mengeluarkan Zaid ibn
al Dathinah Radiallahu 3anhu dari tanah haram untuk dibunuh,Abu sufyan
berkata kepadanya:
أنشدك الله يا زيد أتحب أن محمدا الأن عندنا مكانك يضرب
عنقه وأنت في أهلك ؟ فقال زيد " والله ما أحب أن محمدا الآن في مكانه الذي هو
فيه تصيبه شوكة وأني جالس في أهلي.فقال أبو سفيان : ما رأيت من الناس
أحدا يحب أحدا كحب أصحاب محمد محمدا
“Wahai Zaid ! Aku
bertanya kepadamu dengan nama Allah ,adakah kamu suka sekiranya sekarang ini
Muhammad berada di tempatmu untuk dipenggal kepalanya ,manakala kamu bersama
keluargamu ? Maka Zaid Radiallahu3anhu berkata :”Demi Allah ! Aku tidak suka
sekiranya sekarang ini Nabi Muhammad Sallahu3alaihi wasalam berada di
tempatnya,sekalipun dicucuk duri ,sedangkan aku bersama keluargaku.”Abu sufyan
berkata ,Aku tidak pernah melihat seorang manusia yang mengasihi seseorang
sepertimana kasihya sahabat-sahabat Muhammad terhadapnya.
Kita boleh lihat bagaimana para sahabat cukup menjaga adab dengan baginda
dengan mengagungkan dan memuliakan Nabi Muhammad sallahu 3alahi wasallam:
Amru ibn Al-as berkata:
ما كان أحد أحب إلي من رسول الله –صلى الله عليه وسلم
ولا أجل في عيني منه ,وما كنت أطيق أن أملأ عيني منه إجلالا له ولو شئت أن أصفه ما
أطقت لأني لم أكن أملأ عيني منه.
"Tiada
seorang pun yang lebih saya cintai daripada Rasulullah salllahu 3alaihi
wasallan dan tiada seorang pun yang lebih besar dan mulia pada pandangan saya
daripada Rasulullah .Namun saya tidak pernah puas melihatnya lantaran terlalu
membesarkannya .Jika saya hendak menggambarkannya ,sudah pasti saya tidak mampu
melakukannya kerana saya belum pernah puas memandang Baginda Sallahu3alaihi
wasalam.
Usamah ibn syarik radiallahu taala 3anhu berkata :
أتيت النبي –صلى الله عليه وسلم-وأصحابه حوله كأنما على
رؤوسهم الطير
“Saya
menemui Nabi صلى الله عليه وسلم dan saya melihat para sahabat duduk di sekeliling Baginda seakan-akan
terdapat seekor burung sedang bertenggek di atas kepala mereka.
Oleh itu,janganlah kita muak dengan membaca kisah kecintaan para salafusoleh
kepada baginda Rasulullahi sallahu 3alaihi wasalam,kerana dengannya dapat
meningkatkan mahabbah kita kepadanya.
Sebagai pejuang Agama
Allah,jangan penat dalam menegakkan sunnah nabi Muhammad sallahu 3alaihi
wasalam yang kian terluput zaman.Sesungguhnya
dengan menghidupkan sunnahnya adalah sebagai satu wasilah kita untuk mencintai
Allah.
Akhir kata,saya mewakili Kepimpinan AISA 2012/2013 mengucapkan selamat meyambut
kelahiran Nabi Muhammad sallahu 3alaihi
wasallam.
Kullu amen Wantum bikheir.
Hubbu nabi minnal Iman,
"Transformasi Pemikiran ,Manifestasi Kesatuan"
MUHAMMAD MUZZAMMIL BIN ABDULLAH
Pengerusi Amanahraya Islamic Studies Student Association (AISA)
Sesi 2012/2013