Pada 7 dan 8
Mac 2013, Amanahraya Islamic Studies Students Association (AISA) bawah anjuran Lajnah Sukan dan Aktiviti Luar telah
mengadakan Program Hari AISA Sekeluarga Untuk Kita-Kita Aja (HAISUKA ’13) buat mahasiswa
dan mahasiswi AISA. Program berjalan selama dua hari bermula pada malam hari Khamis
dan berakhir pada malam hari Jumaat.
Program ini diadakan
adalah bertujuan mengeratkan lagi ukhuwah sesame ahli dan bagi memahat memori kenangan
indah di hati ahli-ahli AISA lebih-lebih lagi buat mahasiswa dan mahasiswi generasi
pertama AISA yang bakal mengakhiri pengajian mereka dan meninggalkan bumi Mesir
pada tahun ini. Bersesuaian dengan tema yang dipilih untuk tahun ini,
“MelakarMemori, Mengukir Rindu”.
Pelbagai aktiviti
menarik telah dijalankan baik sebelah ikhwah mahupun akhawat. Aktiviti yang
diadakan adalah berbentuk santai bagi merehatkan minda ahli-ahli AISA. Acara bagi
pihak ikhwah antaranya adalah pertandingan bowling, sukaneka, busanamuslimin, Sorakan
Harimau Malaya (PES 2013), soft wrestling dan sebagainya. Manakala gubahan
perkahwinan, malamkebudayaan, sukaneka, master chef ,dan beauty and
the beast adalah antara aktiviti menarik bagi pihak akhawat.
masterchef
Sorakan Harimau Malaya (PES)
gubahan hantaran
pertandingan boling
sukaneka
Acara kemuncak
adalah pada malam hari Jumaat, Majlis Penutup HAISUKA ’13. Majlis dimulakan dengan
kata alu-aluan oleh Pengerusi Majlis Saudara Syahir dan Firdaus disempurnakan lagi
dengan bacaan doa oleh Saudara Muizz Abdullah. Slot khas bagi persembahan video
daripada ahli AISA generasi pertama telah ditayangkan sehingga ada yang menitis
air mata tanda manisnya nikmat ukhuwah itu.
Majlis diserikan dengan slot
“TeristimewaBuatmu” di mana ahli AISA diperdengarkan ucapan semanis ukhuwah dedikasi
untuk para sahabat. Tidak dilupakan juga slot daripada Lajnah Perumahan tentang
Program PEKA’13 bagi mengumumkan untuk rumah serta bilik terbaik Rumah Amanah
Malaysia. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi
acara yang dipertandingkan.
Video penutup HAISUKA’13
dipertontonkan sebelum tirai majlis ditutup.
Akhir kalam, Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi
kerana program telah berjalan dengan lancar. Seribu tanda terima kasih ditujukan
buat Ahli Jawatankuasa Pelaksana program serta komitmen yang diberikan oleh ahli sangat memuaskan. Semoga
HAISUKA ’13 telah Berjaya melakar memori dan mengukir rindu buat ahli keluarga
AISA kerana Allah, in-sya-Allah.
Disediakan oleh
NURUL NADIAH BINTI
MOHD NASIR
Setiausaha,
Program HariKeluarga
AISA 2013,
LajnahSukan Dan
AktivitiLuar
Amanah Raya
Islamic Studies Student Assosiation(AISA).